Carian
Vivo Y72 5G Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 700, Bateri 5000mAh, Kamera Utama 64MP
March 23, 2021 Amy Maizuraa

Vivo kini hadir dengan sebuah lagi model baharu di bawah siri Y untuk pasaran Thailand. Peranti berkenaan adalah Vivo Y72 5G dan ia menyajikan sejumlah ciri-ciri yang menarik dalam kelasnya.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y72 5G dilengkapi skrin bersaiz 6.58-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+ (2408 × 1080 piksel). Seterusnya, ia juga menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 700, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 18W.

Tetapan kamera terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, antaramuka Funtouch OS 11.1 dan banyak lagi. Untuk harga, Vivo Y52G dijual di Thailand pada harga 9,999 Baht (~RM1,326).

Komen