Microsoft Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Discord
March 23, 2021
Lain-lain
Aman
Pada awal pagi ini, ia telah dilaporkan yang mana Discord sedang dalam perbincangan untuk menjual syarikat mereka pada nilai melangkaui $10 bilion. Lanjutan daripadanya, kini Bloomberg melaporkan pihak Microsoft dalam perbincangan untuk mengambil-alih Discord.
Discord sedia popular dikalangan komuniti pemain video, dan pengambil-alihan ini akan melengkapkan lagi komuniti Xbox dibawah Microsoft.
Buat masa ini, ia diperkatakan masih pada peringkat awal perbincangan.
Selain Microsoft, Discord turut diperkatakan telah mengadakan perbincangan bersama Epic Games dan juga Amazon.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.