Seperti yang sedia tahu, Realme bakal memperkenalkan peranti baharu di bawah siri Narzo sekitar penghujung bulan ini. Bagaimanapun, jenama ini nampaknya bukan sekadar hadir dengan peranti pintar semata-mata. Sebaliknya, mereka turut akan memperkenalkan beberapa aksesori gaming bersama-sama dengannya.
Aksesori-aksesori yang dimaksudkan adalah Realme Cooling Back Clip, Realme Mobile Game Finger Sleeves dan Realme Mobile Game Controller. Ketiga-tiga aksesori ini bagaimanapun telah dilancarkan di India sebelum ini dan ianya dikenali sebagai Realme Game Pro Kit.
Buat masa ini, harga jualan tempatannya masih belum diketahui dan segalanya bakal terjawab ketika pelancaran rasmi kelak. Sekadar selingan, Realme turut menjadualkan satu lagi acara pengenalan berbeza untuk aksesori audio terkini mereka iaitu Realme Buds Air 2 yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mac 2021.