Lenovo adalah antara pengeluar peranti yang masih aktif menjual tablet Android. Jenama lain dilihat tidak aktif, kecuali Samsung. Tablet Android tidak dinafikan yang ia tidak menarik perhatian orang ramai kerana pengalaman penggunaan yang kurang menarik berbanding Android.

Terkini, Lenovo dilihat bakal hadir dengan tablet Android yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 870. Cip ini adalah cip peranti mercu tahun ini, yang mana adalah berasaskan Snapdragon 865+ tetapi sedikit lebih berkuasa. Pengurus Produk Lenovo – Lin Lin mendedahkan tangkapan layar tablet ini dan ia turut memperlihatkan tetapan memori 8/128 GB dan menjalankan sistem operasi ZUI 12.5 berasaskan Android 11.
Tablet ini menggunakan kod nama Lenovo YT-K606F, yang mana mungkin adalah nama untuk Lenovo Yoga Tab 13. Jika ini adalah tablet mercu, ia mungkin akan menawarkan skrin OLED, sokongan paparan HDR, pembesar suara JBL dan lain-lain ciri menarik seperti Lenovo Tab P11 Pro yang dilancarkan pada tahun lalu. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.