DXOMark Audio: Black Shark 4 Pro Memperoleh 81 Mata, Menjuarai Pembesar Suara Terhebat

Diterbitkan pada Mac 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan lalu, DXOMark telah menerbit ulasan audio Asus ROG Phone 5 dan sebulan kemudian skor untuk Xiaomi Mi 10S pula diterbitkan. Asus pada awalnya menjadi pertama dalam senarai dengan mata 79 dan ditewaskan oleh Mi 10S dengan mata 80. Terkini, peranti gaming terbaru Black Shark iaitu Black Shark 4 Pro telah menjadi juara dengan mata 81.

Menurut DXOMark, peranti yang dijana dengan cip Snapdragon 888 dan menggunakan sistem pembesar suara stereo BISO mempunyai kualiti audio yang konsisten dalam menonton video, mendengar muzik dan juga bermain permua. Audio yang dihasilkan seimbang, cukup tajam dengan aras suara yang tidak pecah serta memberikan pengalaman pendengaran yang baik. Menurut mereka, frekuensi pembesar suara peranti antara yang paling seimbang berbanding kebanyakan peranti di pasaran.

Peranti ini turut mempunyai mikrofon berkualiti tinggi, dengan kualiti vokal dan rakaman suara yang enak, natural dan juga jitu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami