Helikopter Ingenuity Pada Perayau Perseverance Akan Mula Terbang Seawal 8 April

Diterbitkan pada Mac 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan lepas NASA berjaya mendaratkan perayau Perseverance mereka di planet Marikh. Ia mendarat menggunakan sistem kren – Sky Crane iaitu kren roket yang terapung di permukaan Marikh. Dalam misi-misi perayau NASA terdahulu, pendarat yang digunakan adalah jenis dalam beg udara. Keunikan perayau ini adalah ia mempunyai helikopter Ingenuity terbina.

Ingenuity adalah pesawat terbang pertama ciptaan manusia yang diterbangkan di planet lain. Tetapi pesawat atau helikopter ini lebih kepada dron untuk ujian penerbangan sahaja. Disebabkan ini adalah pesawat pertama, pelbagai ujian dan persediaan perlu dilakukan untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. NASA juga mempunyai masa 30-sol sahaja (30 hari Marikh, 1 hari = 24 jam, 39 minit, 35 saat) dan jika penerbangan ini berjaya, mereka akan mencipta rekod dan pelbagai perkara boleh dilakukan di masa hadapan.

Jika tiada halangan atau isu, Ingenuity dilaporkan akan mula terbang seawal 8 April. Dengan sistem kamera Mastcam-Z dan dua mikrofon terbina, helikopter ini akan merakam untuk tujuan pemantauan agar boleh membuat penilaian jika ia manusia berjaya mencipta pesawat yang boleh diterbangkan di planet merah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami