Cari @ Amanz

Huawei dilaporkan akan melancarkan P50 dengan sensor sebesar 1 inci pertama untuk telefon kamera. Yang menjadi misteri adalah bagaimanakah kamera ini akan disusun dan sebanyak manakah sensor yang digunakan tahun ini. Misteri ini sedikit terjawab selepas imej pengolokan P50 telah ditiriskan oleh peniris maklumat @HoiIndi.

Rekaan yang digunakan adalah cukup unik. Dua lensa salah satunya lensa teleskop dimasukkan ke dalam modul berbentuk bulat manakala tiga lagi dalam modul bulat sekunder. Salah satu daripada lensa ini mungkin alah pemancar laser untuk membantu pemfokusan. Imej pengolokan dihasilkan berasaskan imej pengolokan yang tertiris sebelum ini tanpa sebarang maklumat mengenai lensa.

Masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada ini adalah tepat. Tidak seperti tahun sebelumnya, Huawei kini tidak lagi berkongsi maklumat awal mengenai peranti siri P. Dengan kesukaran mendapatkan komponen, siapa tahu mungkin P50 langsung tidak dipasarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd