Adakah Ini Huawei P50 Pro? – Rekaan Bahagian Kamera Yang Berbeza

Adakah Ini Huawei P50 Pro? – Rekaan Bahagian Kamera Yang Berbeza

Diterbitkan pada Mac 11, 2021 oleh .

Bermula sahaja tahun 2021, imej pengolokan peranti mercu terbaru Huawei telah tertiris – iaitu Huawei P50 Pro. Peranti ini dilihat masih mengekalkan penggunaan skrin dwi-lengkung. Peranti ini dijangka akan dijana dengan cip Kirin 9000 dan Kirin 9000E, menyokong skrin kadar segar semula 120Hz dan mungkin akan hadir dengan sistem pengecasan pantas 135W.

Baru-baru ini melalui laman OnLeaks di Voice, imej pengolokan Huawei P50 biasa pula telah tertiris. Ia dilihat masih hadir dengan skrin melengkung di kedua-dua sisi, panel skrin dikatakan bersaiz 6.6-inci dengan rekaan skrin berlubang di tengah. Bezel dilihat lebih nipis termasuk pada bahagian dagu. Di bawah skrin dikatakan masih kekal dengan pengimbas cap jari dan mempunyai pembesar suara stereo pada bahagian atas dan bawah peranti.

Paling unik dan aneh adalah rekaan modul kamera peranti ini. Ia dilihat mempunyai dua lingkaran kamera seakan dua lensa. Tetapi ada besar kemungkinan di dalam setiap bulatan ada beberapa lensa. Rekaan yang aneh seperti ini adalah apa yang Huawei berani lakukan. Lihat sahaja rekaan Huawei Mate 40, Mate 30, semuanya aneh dan berlainan dengan pesaing. Kalau P50 begini, bagaimanakah kamera P50 Pro? Masih tiada butiran kamera lagi, tapi kami pasti yang ia akan menawarkan sensor yang hebat dan teknologi yang mengagumkan.

Huawei P50 akan menjadi peranti pertama mereka yang menjalankan Harmony OS sebenar dan bukannya sistem Android yang diubah semula. Peranti ini dijangka akan tiba sekitar pertengahan tahun ini, sama-sama kita nantikan.


Paling Popular