Xiaomi Mi MIX akan kembali selepas dua tahun direhatkan. Bukan lagi misteri baharu Mi MIX kali ini adalah sebuah peranti skin boleh-lipat. Tetapi yang mengejutkan ialah Xiaomi mengacah ia juga akan dilengkapi lensa kamera yang mengandungi cecair.

Dalam poster terkini, mereka memperlihatkan gambar lensa yang akan digunakan pada kamera Mi MIX Fold ini yang memberikan gambaran ia berfungsi seperti mata manusia sebenar. Jarak fokus lensa berubah mengikut jumlah cecair di dalamnya. Menerusi teknologi ini, satu lensa boleh digunakan untuk makro dan juga telefoto sekaligus mengurangkan jumlah lensa yang perlu digunakan pada sesebuah peranti.

Sekiranya apa yang didakwa ini adalah benar, Xiaomi mungkin akan memulakan trend terkini pula dalam dunia telefon mudah alih. Harus diakui dengan terlalu banyak lensa pada kamera, isu warna berubah antara lensa dan kos yang meningkat mula menjadi isu. Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang boleh dilakukan oleh kamera lensa cecair ini, kita perlu menanti pelancarannya pada 29 Mac kelak.