Xiaomi Mi MIX Akan Kembali Pada 29 Mac Ini

Xiaomi Mi MIX Akan Kembali Pada 29 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 25, 2021 oleh .


Xiaomi sedia terkenal dengan penawaran telefon pintar bersama rekaan nirbingkai mereka menerusi siri Mi MIX. Ia juga merupakan siri daripada Xiaomi yang hadir dengan penawaran harga yang mahal.

Xiaomi Mi MIX 3

Jika anda perasan, terdapat beberapa spekulasi tersebar yang mengatakan Lei Jun seakan memberi petanda untuk hadir dengan penawaran baharu di bawah siri berkenaan. Ternyata perkhabaran itu benar dan ianya bakal diperkenalkan pada minggu hadapan.

Perkara ini didedahkan oleg pihak Xiaomi sendiri menerusi satu poster acah rasmi yang tersebar. Poster berkenaan bagaimanapun, tidak pula mendedahakn sebarang butiran berkaitan peranti – termasuklah nama khusus model, spesifikasi dalaman dan rekaan padanya.

Biarpun belum ada kepastian, namun ramai pihak menyasarkan peranti berkenaan merupakan peranti boleh-lipat daripada Xiaomi yang seterusnya. Rekaannya juga telah tertiris beberapa minggu lalu dan ia memperlihatkan peranti berkenaan akan mempunyai rekaan mirip seperti Galaxy Z Fold 2 dan Huawei Mate X2.

Rekaaan Xiaomi Mi MIX  Tertiris

Untuk spesifikasi, ia dipercayai menampilkan paparan bersaiz 8.03-inci apabila dibentang bersama kadar segar semula 90Hz atau 120Hz. Kemudian, paparan sekundernya pula akan memiliki ukuran sekitar 6.38-inci. Tidak ketinggalan, Xiaomi turut dijangka menggunakan cip Snapdragon 888 bersama-sama dengannya.


Paling Popular