Xiaomi Mi MIX Dengan Skrin Boleh Lipat Tertiris

Xiaomi Mi MIX Dengan Skrin Boleh Lipat Tertiris

Diterbitkan pada Mac 17, 2021 oleh .

Bukan lagi rahsia Xiaomi akan melancarkan telefon skrin boleh-lipat pertama mereka tahun ini selepas menujukan beberapa prototaip tahun lalu. Segmen telefon pintar skrin-boleh lipat dijangka meletus tahun ini bagi memberikan cabaran kepada Samsung yang kini merajai pasaran. Hari ini rekaan Xiaomi Mi MIX baharu telah tertiris dan ia sah mempunyai rekaan mirip Galazy Z Fold 2.

Peranti yang tertiris ini bukanlah model akhir yang berfungsi kerana tidak dilengkapi skrin dan kemasan lengkap pada kamera. Tetapi jelas dapat dilihat penjenamaan Mi MIX dan mekanisme lipatan untuk skrin yang melipat ke dalam. Panel belakang diperbuat daripada kaca manakala kamera utama dilengkapi tiga lensa.Banyak persamaan dapat dilihat pada rekaan Mi MIX ini dengan Huawei Mate X2. Yang pasti menjadi tanda tanya ialah harga jualannya kelak kerana pada waktu ini kesemua peranti skrin boleh-lipat adalah di luar kemampuan majoriti pengguna.


Paling Popular