Peranti Boleh-Lipat Xiaomi Sebenar Seakan Galaxy Z Fold Tertiris – Menjalankan MIUI 12

Peranti Boleh-Lipat Xiaomi Sebenar Seakan Galaxy Z Fold Tertiris – Menjalankan MIUI 12

Diterbitkan pada Jan 15, 2021 oleh .

Sejak tahun 2019 lagi, Xiaomi telah memperlihatkan telefon pintar mereka dengan skrin boleh-lipat. Tetapi kita sudah berada di tahun 2021, tiada satu pun peranti seperti ini dijual. Tetapi tahun ini, Xiaomi dilaporkan akan memperkenalkan tiga peranti boleh-lipat dan ia mungkin akan dilancarkan seawal suku pertama 2021.

Xiaomi turut mempatenkan peranti boleh-lipat seakan Galaxy Z Fold yang lipat ke dalam dan versi yang sama tetapi dengan kamera pop-naik. Xiaomi bercadang untuk menjual peranti seperti ini pada harga sekitar RM4000, yang mana adalah separuh lebih murah dari Z Fold yang mencapai RM8000. Xiaomi mungkin akan hadir dengan versi seakan clamshell pada Z Flip, lipat ke dalam seperti Z Fold dan lipat keluar seperti Mate Xs.

Baru-baru ini, Gizmochina telah memperlihatkan imej sebenar peranti boleh-lipat Xiaomi jenis lipat ke dalam seakan Z Fold. Peranti ini dilihat adalah prototaip kerana dilindungi dengan kerangka yang tebal dan pelik. Peranti ini juga dilihat menjalankan MIUI 12, yang mana sekarang sudah MIUI 12.5 – ini mengesahkan yang peranti ini adalah versi pembangunan.

Xiaomi juga dijangka akan menggunakan panel UTG untuk peranti mereka. Memandangkan bulan Januari sudah hampir berakhir, suku pertama 2021 tinggal Februari dan Mac – harapnya kita akan lihat kejutan dari Xiaomi tidak lama lagi.


Paling Popular