Xiaomi Memperlihatkan Rekaan Peranti Skrin Boleh-Lipat Mereka

Xiaomi Memperlihatkan Rekaan Peranti Skrin Boleh-Lipat Mereka

Diterbitkan pada Jan 23, 2019 oleh .

Peranti dengan skrin boleh-lipat akan menjadi trend terhangat 2019 dengan beberapa pengeluar mengesahkan ia sedang dibangunkan atau akan dilancarkan pada suku pertama 2019. Sebelum ini rekaan peranti dengan skrin boleh-lipat Xiaomi tertiris dalam sebuah video pendek. Hari ini rekaan lengkap peranti ini akhirnya dikongsi sendiri oleh pengarah produk Xiaomi Donovan Sung.

Di dalam mod tablet, ia mempunyai skrin dengan nisbah 3:2. Peranti prototaip ini masih mempunyai bezel yang agak tebal. Kemudian apabila dua bahagian sisi dilipat ke belakang, peranti berubah ke mod telefon dengan skrin 16:9. Skrin yang dilipat kemudian mengambil masa beberapa saat sebelum terpadam.

Butang kuasa juga nampaknya terletak pada bahagian atas. Kemasan peranti ini juga kurang menarik dan kelihatan agak kasar. Pujian walau bagaimanapun boleh diberikan kerana ia tidak sekadar melipat dua seperti prototaip Galaxy F yang juga telah diperlihatkan.


TIPS & ULASAN