Xiaomi sebelum ini menyangkal laporan mereka akan membangunkan kereta elektrik mereka sendiri. Tetapi pagi ini menurut laporan Reuters, Xiaomi sedang melakukan perbincangan untuk menghasilkan kereta elektrik mereka di kilang milik Great Wall Motors.

Pihak Xiaomi akan menghasilkan kereta elektrik yang ingin dipasarkan secara besar-besaran sama seperti strategi pemasaran produk mereka yang lain. Great Wall Motor pula akan menawarkan kepakaran kejuruteraan mereka bagi mempercepatkan proses penghasilan kereta elektrik pertama Xiaomi. Pengumuman kerjasama dipercayai kan dilakukan seawal minggu hadapan mungkin ketika acara yang akan berlangsung 29 Mac ini. Kedua-dua syarikat walau bagaimanapun enggan memberikan komen mengenai laporan Reuters ini.
Menurut sumber dalaman, sekiranya semua berjalan lancar kereta elektrik pertama akan dipasarkan seawal 2023 yang menyokong kesemua produk di bawah ekosistem Xiaomi. Great Wall Motor bukanlah nama yang besar di dan dikenali sebagai pengeluar SUV Haval yang dipasarkan di Malaysia sejak hampir sedekad lalu. Di China mereka mempunyai reputasi sebagai pengeluar trak elektrik Ora mereka sendiri.