Ini Adalah Spesifikasi Cip Pemprosesan Snapdragon 780G – Cip 5nm Pertama Qualcomm Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Ini Adalah Spesifikasi Cip Pemprosesan Snapdragon 780G – Cip 5nm Pertama Qualcomm Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Diterbitkan pada Mac 26, 2021 oleh .

Semalam, Qualcomm telah mengumumkan cip pemprosesan Snapdragon 780G yang mana adalah cip berkuasa baharu dalam siri-7 mereka. Ia menawarkan banyak ciri premium seumpama Snapdragon 888 tetapi khusus untuk peranti kelas pertengahan. Antaranya adalah penggunaan tiga ISP Spectra 570, FastConnect 6900, dan banyak lagi. Cip ini adalah pengganti kepada Snapdragon 768G yang sehingga hari ini terhad pada peranti di China sahaja.

Baru-baru ini, Qualcomm mendedahkan spesifikasi penuh cip ini pula. Pertama sekali, ia adalah cip pemprosesan dengan rekaan 5nm kedua mereka selepas Snapdragon 888. Ia juga adalah cip 5nm pertama Qualcomm untuk peranti kelas pertengahan. Cip ini adalah cip lapan-teras 64-bit Qualcomm Kryo 670 dengan 1x Cortex-A78 pada kuasa 2.4GHz + 3x Cortex-A78 2.2GHz + 4z Cortex-A78 1.9GHz. GPU pula adalah Adreno 642. Snapdragon 780G menawarkan 40% peningkatan prestasi berbanding generasi lama. Dengan GPU yang menyokong OpenCL 2.0 FP, OpenGL ES 3.2 dan Vulkan 1.1 serta sekuriti Qualcomm 3D Sonic dan Qualcomm 3D Sonic Max – ia adalah cip yang hebat.

Walaupun sokongan skrin boleh memaparkan HDR10+, ia terhad kepada resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz sahaja. Pengecasan pantas pula adalah Qualcomm Quick Charge 4+ yang mana tiada masalah untuk mencapai sehingga 100W. Cip ini akan bersaing dengan Exynos 1080, yang mana masih terhad pada peranti Vivo di China.

Cip ini akan menguasai banyak peranti menjelang suku kedua 2021, yang mana akan bermula April kelak. Antara peranti yang akan menggunakan cip ini adalah Mi 11 Lite 5G. Harapnya cip ini boleh menjadi popular seakan Snapdragon 765G dan tiada lagi penggunaan kitar semula cip lama.

Sama-sama kita nantikan.


Paling Popular