AirAsia agak aktif dalam menceburi beberapa perkara baru akhir-akhir ini, apatah lagi dengan impak Covid-19 yang memberikan kesan kepada industri penerbangan.
Dalam usaha memfokuskan kepada menjadikan AirAsia sebagai aplikasi yang digunakan ramai, sejumlah perkhidmatan baru ditambah dari hari ke hari. Selain perkhidmatan penghantaran makanan, AirAsia dijangka memperkenalkan perkhidmatan seru-pandu seawal April ini.
Selain itu, kini AirAsia turut menyasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi-terbang dalam tempoh 18 bulan akan datang.
Teksi-terbang ini akan mempunyai sebuah tempat duduk untuk juruterbang, dan empat tempat duduk penumpang. Ia dijangka akan memudahkan penerbangan antara bandar dengan pantas, dan mengelak kesesakkan lalu lintas.
Selain teksi-terbang, AirAsia sebelum ini turut telah mengumumkan bakal memperkenalkan perkhidmatan penghantaran berasaskan dron tidak lama lagi.