Apple Dilaporkan Bakal Memperkenalkan iPhone 13 Dengan Pilihan Warna Hitam Kusam

Apple Dilaporkan Bakal Memperkenalkan iPhone 13 Dengan Pilihan Warna Hitam Kusam

Diterbitkan pada Mac 28, 2021 oleh .

Apple untuk tahun 2021 ini dijangka memperkenalkan iPhone 13 sekitar September 2021 kelak. Telefon pintar terbaru ini dijangka hadir dengan rekaan yang lebih kurang seperti iPhone 12, tetapi mungkin mengoptimasikan ketebalan peranti, ketebalan lensa, dan juga pilihan warna baru bersama dengannya.

Salah satunya adalah pilihan warna kusam, sekaligus memberikan pengalaman yang lebih premium ketika menggunakannya.

Apple sedia menawarkan iPhone 12 Pro dalam pilihan warna Graphite, tetapi pilihan warna hitam kusam ini dijangka memberikan pilihan warna yang lebih premium.

Pada hari ini, Samsung sedia menawarkan Galaxy S21 Ultra dalam pilihan warna hitam yang dinamakan sebagai Phantom Black – memberikan pilihan warna “paling” hitam dipasaran pada hari ini.


Paling Popular