Fasa Kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Untuk Golongan Berisiko Akan Bermula 19 April

Diterbitkan pada Mac 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula pada 19 April hadapan. Fasa kedua akan menyasarkan pula golongan berisiko tinggi dan mereka yang sudahpun berumur. Tumpuan kali ini juga akan diberikan kepada kategori industri terutamanya di kawasan merah bergantung kepada bekalan vaksin.

Setakat ini sudah lebih 7 juta individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin menerusi MySejahtera dengan 2 juta dari golongan yang akan menerimanya dalam fasa kedua. Jumlah pendaftaran setakat ini masih lagi rendah – sekitar 30% daripada sasaran suntikan vaksin setakat ini. Bagi mereka yang belum berdaftar, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera, portal vaksincovid.gov.my dan talian hotline 1800-888-828. Penjaga juga sudah boleh mendaftarkan tanggungan mereka menggunakan aplikasi sejak dua minggu lalu. Maka segeralah mendaftar sekiranya anda mahu beraya bersama keluarga tahun ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami