Mi 11 Lite 4G Rasmi Di Malaysia – Dijana Snapdragon 732G, Berharga RM1199

Diterbitkan pada Mac 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi hari ini telah melengkapkan pelancaran siri Mi 11 mereka selepas sekian lama menanti. Tetapi Xiaomi bukan sekadar memperkenalkan versi Pro dan Ultra, kerana versi i dan Lite turut diperkenalkan. Mi 11 Lite adalah peranti mereka yang paling nipis dalam sejarah, dan hadir dengan dua variasi iaitu 5G dengan cip Snapdragon 780G dan 4G dengan cip Snapdragon 732G.

Itu sahaja beza antara 4G dan 5G, lain-lain seperti skrin 6.55-inci FHD+ AMOLED 90Hz, sistem tri-kamera yang menggabungkan lensa 64MP + 8MP + 5MP dan kamera swafoto 20MP. Untuk memori juga lebih kurang, tetapi versi 4G di Malaysia hanya terdapat pilihan 8/128 GB. Bateri adalah 4250mAh dengan sistem pengecasan pantas 33W dan ditawarkan dengan banyak pilihan warna untuk memenuhi citarasa semua orang. Semua warna juga adalah terang dan ceria serta dengan rekaan nipis ia akan menarik minat ramai orang.

Harga jualan versi 4G di Malaysia adalah RM1199. Tiada informasi lagi untuk versi 5G. Jualan akan bermula 6 April ini. Xiaomi turut akan menawarkan hadiah percuma bernilai RM500 berbentuk produk ekosistem Xiaomi untuk 500 pembeli terawal Mi 11 Lite di Malaysia. Teruskan ikuti kami di Amanz untuk perkembangan lanjut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami