Seorang Lagi Eksekutif OnePlus Berhenti Untuk Fokus Bidang Lain

Seorang Lagi Eksekutif OnePlus Berhenti Untuk Fokus Bidang Lain

Diterbitkan pada Mac 30, 2021 oleh .

Tahun lepas Carl Pei, iaitu pengasas bersama OnePlus yang sedia dikenali oleh ramai peminat telah meninggalkan OnePlus untuk menubuhkan Nothing. Carl Pei yang berkhidmat sejak OnePlus One, telah menubuhkan syarikat audio yang mana adalah minat beliau sejak dulu lagi.

Sejak tahun lepas, identiti OnePlus mula menghilang dengan Oxygen OS yang tidak mirip Android asli serta pengenalan peranti yang tidak memuaskan hati ramai peminat. Tidak lupa juga yang masalah kemaskini yang tidak lagi sepantas sebelum ini. Terkini, seorang lagi eksekutif OnePlus telah meninggalkan OnePlus. Individu ini adalah Kyle Kiang.

Kyle adalah Ketua Pegawai Pemasaran untuk OnePlus yang berkhidmat sejak 2015. Menurut laporan Input, Kyle mungkin meninggalkan OnePlus kerana misi dan visi yang semakin berbeza. Beliau akan terus bantu OnePlus dengan pemasaran sehingga 2 April. Sebab sebenar tidak didedahkan dan tiada juga informasi apakah Kyle akan lakukan seterusnya.

Sertai Nothing? Atau tubuhkan syarikat baru? Apa kata anda?


Paling Popular