Coldplay Menaja Kapal Pembersih Sungai Swalayar Interceptor Yang Akan Digunakan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ocean Cleanup ialah syarikat yang menghasilkan kapal swalayar yang mempunyai misi membersihkan sampah dari sungai dan laut yang tercemar teruk. Minggu lalu, mereka mengumumkan bahawa kugiran terkemuka Coldplay telah menaja sebuah kapal yang kemudiannya akan digunakan untuk membersihkan sungai yang tercemar di Malaysia.

Coldplay menaja kapal Interceptor 005 yang dinamakan semula sebagai Neon Moon 1. Dengan penajaan ini Coldplay berharap dapat mengumpul sampah dari sungai sebelum ia tiba ke laut yang menjadikan proses pembersihan lebih sukar.

Interceptor 005 kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada bulan Mei ini. Ia adalah kapal swalayar pembersih sungai pertama dari generasi ketiga yang dibangunkan oleh Ocean Cleanup. Seperti yang kami laporkan tahun lalu, Ocean Cleanup menjadikan Malaysia pusat pengeluaran mereka di fasiliti MHE-Demag yang merupakan anak syarikat Konecranes di Klang. Setiap kapal mampu membersihkan sungai secara swalayar 24 jam sehari dengan kapasiti 50,000 kg sampah sehari.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami