Aerion AS3 Diumumkan – Pesawat Penumpang Berkelajuan Hampir 5000 km/j

Diterbitkan pada Mac 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada dekad 1960an, terdapat ramalan pesawat penumpang supersonik akan menggantikan pesawat penumpang turbojet selepas Concorde memulakan operasi. Projek lain di Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat memberikan harapan perjalanan akan menjadi lebih singkat. Tetapi seperti yang kita dapat lihat sendiri, pesawat supersonik telah pupus sejak 2004 selepas Concorde bersara.

Tetapi dengan dunia kini kembali mementingkan masa, beberapa projek pesawat penumpang supersonik generasi baharu telahpun dimulakan. Aerion yang sebelum ini memperlihatkan rekaan pesawat AS2 mereka kini memperlihatkan pula rekaan pesawat Aerion AS3 yang bukan sahaja lebih besar tetapi juga jauh lebih pantas.

AS3 menyasarkan kelajuan Mach 4 (4939 km/j) dengan kapasiti 50 orang penumpang dan jarak operasi 12,964 km. Apabila beroperasi kelak, perjalanan dari Tokyo ke Los Angeles dapat dilakukan dalam masa 2.5 jam sahaja. Ini adalah peningkatan dari AS2 yang boleh membawa 12 penumpang pada kelajuan mencecah Mach 1.4 (1720 km/j) dan jarak operasi sehingga 9260 km.

Sekiranya tiada aral melintang, Aerion AS2 akan memulakan operasi seawal 2026. Mereka mempunyai peluang yang cerah menjadikan impian pesawat penumpang supersonik kembali ke udara kerana menerima dana dari Boeing dan Lockheed Martin.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami