Xiaomi Memperkenalkan Cip Tersendiri Memfokuskan Pengimejan – Surge C1

Diterbitkan pada Mac 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan tersendiri memfokuskan kepada pengimejan, dinamakan sebagai Surge C1.

Surge C1 hadir selepas sekitar 4 tahun cip pemprosesan pertama Xiaomi tersendiri diperkenalkan sebelum ini.

Xiaomi mengatakan cip Surge C1 membantu dalam memastikan hasil rakaman gambar dan video lebih baik dan pantas berbanding sebelum ini.

Cip ini dikatakan beroperasi kendiri daripada SOC pada telefon pintar. Cip ini akan digunakan pada Mi Mix Fold yang turut diperkenalkan pada hari ini. Pihak Xiaomi masih tidak berfungsi spesifikasi teknikal penuh untuk cip ini.

Xiaomi mengatakan mereka telah melalui pelbagai cabaran dalam membangunkan cip pemprosesan mereka tersendiri. Surge C1 ini dikatakan adalah sekadar permulaan sahaja dalam menambah baik kualiti pengimejan mereka.

Penghasilan cip ini juga dikatakan merupakan komitmen Xiaomi dalam memastikan sokongan pengimejan terus bertambah baik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami