Airbus Akan Membangunkan Kilang Membina Satelit Di Angkasa Lepas

Diterbitkan pada Mac 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam kesemua filem fiksyen sains, manusia mempunyai kemampuan membina struktur seperti stesen angkasa di angkasa lepas. Secara teorinya kos pembinaan di angkasa lepas adalah lebih murah kerana tidak perlu dilancarkan ke orbit sebelum dipasang dengan bahan mentah dilombong di bulan. Fiksyen semakin hampir menjadi realiti kerana Airbus dianugerahkan kontrak menghasilkan konsep kilang satelit di angkasa lepas oleh Kesatuan Eropah.

Kontrak bernilai €3 juta ini memerlukan Airbus Defence and Space melakukan kajian sebelum menghasilkan konsep untuk merealisasikan idea. Mereka diberikan masa dua tahun di bawah Projek PERIOD (PERASPERA In-Orbit Demonstration). Kelebihan pembinaan di angkasa lepas ialah modul yang lebih besar boleh digunakan pada struktur tanpa had berat dan saiz ruang kargo sistem roket sedia ada.

Airbus Defence and Space ialah firma yang mempunyai rekod inovasi angkasa lepas yang baik kerana melancarkan robot CIMON di ISS tiga tahun lalu serta membangunkan sistem membersihkan sampah di orbit menggunakan lontaran lembing.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami