Realme V13 Turut Diumumkan – Sokong Skrin 90Hz, Cip MediaTek Dimensity 700

Diterbitkan pada Mac 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan Realme GT Neo, jenama ini turut hadir dengan penawaran peranti baharu di bawah siri V mereka. Dikenali sebagai Realme V13, ia menggunakan cip yang sama seperti Realme V11 – iaitu MediaTek Dimensity 700.

Untuk spesifikasi khusus, Realme V13 didatangkan dengan skrin bersaiz 6.5-inci bersama resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga dilengkapi cip MediaTek Dimensity 700 dengan paduan memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (makro) dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan 5G terbina, bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, antaramuka Realme UI 2.0 berasaskan Android 11 dan banyak lagi. Untuk harga, Realme V13 ditawarkan pada RMB1599 (~RM1,011).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami