Cari @ Amanz

Selepas mengesahkan bakal hadir dengan penawaran peranti memfokuskan permua (permainan mudah alih) baharu menerusi Lenovo Legion 2 Pro. Saban hari, semakin banyak maklumat berkaitan spesifikasi utama pada peranti yang mula dikongsi oleh pihak Lenovo sehingga ke hari ini.

Satu lagi maklumat baharu yang dikongsi adalah berkaitan kapasiti bateri pada peranti. Lenovo Legion 2 Pro disahkan hadir dengan bateri sebesar 5,500mAh – yang mana 500mAh lebih besar berbanding pendahulunya. Dalam pada itu, bateri pada telefon pintar ini turut akan dilengkapi sokongan pengecasan pantas 90W. Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada peranti ini akan disertakan dwi-port USB-C seperti yang terdapat pada generasi sebelum ini untuk memudahkan pengecasan pantas sehingga 90W atau sebaliknya.

Untuk spesifikasi lain, Lenovo Legion 2 Pro telah disahkan akan hadir dengan skrin 6.92-inci bersama kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 888 dan sokongan sistem penyejukan dwi-kipas yang dinaik taraf untuk pengalaman permainan lebih konsisten. Seperti biasa, kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat lanjut yang bakal diketahui dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd