Cari @ Amanz

GMC Hummer EV diumumkan tahun lalu sebagai kelahiran semula jenama Hummer yang dihentikan pengeluarannya pada tahun 2013. Imej kenderaan yang mencemarkan udara dahulu kini hilang kerana GMC Hummer EV menggunakan sepenuhnya kuasa elektrik selari dengan pengguna yang lebih cakna mengenai impak mereka kepada alam sekitar.

Semalam GMC Hummer EV SUV pula diumumkan dan adalah model yang bersaiz lebih kompak berbanding versi trak. Perbezaan terletak pada wheelbase yang 9 inci lebih pendek bagi memudahkan ia berpusing. Menurut GMC, jejari pusingan Hummer EV SUV adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan Ford Mustang Mach-E SUV.

Dari segi rekaan ia masih mengekalkan gril yang kelihatan agresif lengkap dengan lampu LED, tayar 34 inci, sistem gantungan dengan pergerakan sehingga 13-inci, kamera bawah casis dan tiga motor elektrik untuk pemandu 4WD.

Output motor dikurangkan ke 830 HP tetapi jarak operasi masih lagi kekal sehingga 483 km dengan sekali caj. Terdapat aksesori radar yang mengimbas permukaan jalan raya yang berbukit serta mod mengecas kenderaan lain. GMC Hummer EV SUV akan mula dijual awal 2023 selepas jualan Hummer EV trak dibuka pad tahun hadapan. Harga jualan masih belum diumumkan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd