Cari @ Amanz

Septutnya tahun 2020 menjadi tahun peranti skrin boleh-lipat dipasarkan secara lebih meluas. Tetapi ia tertangguh akibat pandemik. Kini dengan China sudah hampir kembali kepada normal, pengeluaran peranti skrin boleh-lipat dijangka meletus.

Terkini peniris maklumat Digital Chat Station berkata Oppo akan melancarkan dua peranti dan Vivo pula satu peranti dengan rekaan ni. Ketiga-tiganya mempunyai skrin yang melipat keluar untuk menjadi lebih besar dengan skrin sekunder pada bahagian luar.

Nampaknya rekaan Galaxy Fold menjadi pilihan Oppo, Vivo, Huawei dan Xiaomi tahun ini kerana memberikan perlindungan lebih baik kepada skrin yang dilipat. Ini adalah berbeza dengan prototaip-prototaip peranti skrin boleh-lipat Oppo yang diperlihatkan Februari lalu

Peranti Oppo akan hadir dalam dua saiz iaitu 8″ dan 7″ dengan peranti Vivo pula dengan skrin 8″ di bahagian dalam. Oppo akan terlebih dahulu melancarkan peranti mereka kerana pengilangan dipercayai telah dimulakan Januari lalu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd