Carian
Dron XQ-58A Valkyrie Milik A.S Kini Juga Mampu Melancarkan Dron
April 7, 2021 Effi Saharudin

Dron akan digunakan sebagai pesawat pengiring oleh Amerika Syarikat. Beberapa dron yang sedang dibangunkan boleh digunakan untuk mempertahankan pesawat pengisi minyak, melakukan pemantauan barisan hadapan dan mengiringi pesawat tempur yang dikawal juruterbang manusia.

Dron ALTIUS-600

Kratos XQ-58A Valkyrie ialah dron yang dibangunkan untuk mengiringi pesawat tempur F-22 dan F-35. Pada waktu yang sama ia mempunyai ruang kargo yang boleh menyimpan bom JDAM dan bom berdiameter kecil. Pada 26 Mac lalu, Valkyrie berjaya melakukan ujian melancarkan dron kecil ALTIUS-600 (Air-Launched, Tube-Integrated, Unmanned System 600).

Dron ALTIUS-600 ini berkemampuan membawa pelbagai kargo seperti kamera, sistem peperangan elektronik dan bahan letupan. Ia jatuh ke dalam kategori dron SUAS (Small Unmanned Aircraft System) yang berbeza dengan Valkyrie yang dikategorikan sebagai sebuah UCAV (Ummaned Combat Air Vehicle). Ujian ini adalah kali ke enam Valkyrie terbang dan adalah kali pertama pintu kargo dron dibuka untuk melancarkan senjata.

Komen