Di dalam siri permainan vide Ace Combat, terdapat misi memusnahkan pesawat pengisi minyak yang membekalkan bahan api kepada armada musuh. Misi menjadi sukar kerana ia dipertahankan oleh armada dron yang bergerak lincah. Fiksyen permainan video ini mungkin menjadi realiti sekiranya perancangan General Atomics dipandang serius.

General Atomics angin membangunkan dron Defender yang boleh ditugaskan untuk mempertahankan pesawat pengisi minyak. Setiap Defender mampu melakukan tugas melakukan rondaan ruang udara dan memusnahkan pesawat penceroboh menggunakan peluru berpandu udara ke udara,
Konsep Defender ini mempunyai fungsi yang sama seakan Boeing Airpower Teaming System (BATS) dan Kratos XQ-58A Valkyrie yang direka untuk mengiringi pesawat tempur tetapi mengekalkan rekaan konsep dron MQ-25 yang diperlihatkan General Atomics untuk program dron pengisi minyak Unmanned Carrier Aviation Air System (UCAAS). General Atomics sekadar menggunakan semula rekaan dron mereka setelah kontrak UCAAS dimenangi oleh Boeing dua tahun lalu.