Realme Buds Air 2 Neo Dilancarkan – Bateri Sehingga 28 Jam

Diterbitkan pada Apr 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dijanjikan, Realme Buds Air 2 Neo akhirnya diperkenalkan secara rasmi di Pakistan, sebentar tadi. Ia merupakan kesinambungan daripada Realme Buds Air 2 sebelum ini dengan penambahbaikan dari segi ketahanan bateri.

Di mana, Realme Buds Air 2 Neo mampu bertahan 3 jam lebih lama berbanding Realme Buds Air 2. Melaluinya, ia mampu menawarkan waktu penggunaan maksimum sehingga 28 jam dengan pod pengecas. Pod pengecas yang disertakan menyokong pengecasan berwayar yang boleh dilakukan menggunakan kabel USB-C.

Dari segi rekaan, Realme Buds Air 2 Neo mempunyai rekaan yang mirip seperti realme Buds Q. Melaluinya juga, ini adalah rekaan yang diinspirasikan daripada Samsung Galaxy Buds. Selain itu, ia juga dilengkapi pemandu audio bersaiz 10mm, sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) dan dua mikrofon yang mampu mengurangkan hingar sehingga 25dB.

Seterusnya, cip R2 terbina di dalam pod pengecas menyokong tambatan pantas Google Fast Pair. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong mod permainan dengan latensi 88ms. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan Bluetooth 5.2, codec SBC, AAC, pelindungan IPX5 dan banyak lagi. Untuk harga, Realme Buds Air 2 Neo dijual pada PKR 7,999 (~RM215).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami