Apple Find My Kini Menyokong Penjejakan Lokasi Peranti Pihak Ketiga

Diterbitkan pada Apr 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menerusi Find My, pelbagai peranti Apple seperti iPhone, iPad dan AirPods boleh dijejak lokasinya dalam satu aplikasi. Masalah kehilangan atau tersalah letak dapat diselesaikan dengan mudah dengan ciri ini. Hari ini Apple mengumumkan rangkaian Find My dibuka untuk peranti pihak ketiga buat pertama kali.

Peranti keluaran tiga syarikat Belkin, Chipolo, dan VanMoof kini boleh dijejak menerusi aplikasi Find My pada kesemua peranti keluaran Apple. Bagi memudahkan pengguna, peranti-peranti ini akan mempunyai pelekat “Works with Apple Find My” pada bungkusan serta perlu melepasi pensijilan program Made for iPhone (MFi).

Pengeluar peranti pihak ketiga ini juga perlu melepasi pelbagai piawaian seperti menghormati privasi pengguna selari dengan pengenalan iOS 14.5 tidak lama lagi. Selain itu Apple turut mengeluarkan draf spesifikasi cip kepada pengeluar di akhir musim bunga bagi menyokong teknologi Ultra Wide Band yang telah disokong iPhone 11 dikeluarkan. Teknologi UWB membolehkan kedudukan sebenar peranti dijejak dengan tepat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami