Facebook Tidak Akan Menghubungi 533 Juta Pengguna Yang Menjadi Mangsa Data Tertiris

Diterbitkan pada Apr 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lebih 500 juta data pengguna Facebook telah tertiris ke arena web baru-baru ini termasuklah Mark Zuckerberg sendiri. Antara data yang tertiris ialah alamat, nombor pengenalan Facebook, alamat emel dan nombor telefon. Reuters melaporkan, sungguhpun jumlah data yang tertiris adalah besar, Facebook tidak akan menghubungi pengguna yang terkesan bagi memberitahu mereka antara yang terkesan.

Sementara itu Facebook secara rasmi mengesahkan data dikumpul menerusi proses scraping kerana wujudnya kerentanan pada ciri mengimport buku alamat mereka masuk ke dalam laman mereka. Ini digunakan untuk memudahkan pengguna mencari rakan-rakan yang mungkin di Facebook.

Kerentanan ini telahpun ditampal pada tahun 2019. Mereka kini menyarankan pengguna untuk mengaktifkan sistem pengesahan dwi-faktor dan kerap menggunakan ciri pemeriksaan privasi yang ditawarkan di laman di masa hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami