Cari @ Amanz

Samsung Mempatenkan Rekaan Tablet Dengan Skrin Boleh-Lipat

Link Copied!

Dengan pelancaran Samsung Galaxy Fold, pasti ramai melaporkan tiada lagi keperluan untuk Samsung menghasilkan tablet. Peranti skrin boleh-lipat mampu menawarkan saiz yang kompak tetapi dengan skrin besar apabila diperlukan. Tetapi Samsung percaya masih terdapat pasaran untuk tablet dalam bentuk skrin boleh-lipat.

Menurut LetsGoDigital, paten tablet dengan skrin boleh-lipat telah dianugerahkan kepada Samsung oleh USPTO dan WIPO pada Februari tahun ini. Dapat dilihat rekaannya berbeza dari Z Fold2 dimana tiada skrin sekunder pada bahagian luar. Berhampiran engsel juga terdapat takuk yang agak besar.

Dedaun pintu skrin berbentuk baji yang nipis pada bahagian hujung dan tebal berhampiran engsel yang mirip digunakan pada Mate X2. Dua pembesar suara dan port pengecas diletakkan berhampiran engsel yang mengitar semula mekanisme Z Fold2.

Samsung dipercayai akan melancarkan tiga peranti skrin boleh-lipat tahun ini. Tiada satupun maklumat yang tertiris setakat ini mengatakan salah satunya darinya adalah sebuah tablet. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna peranti sebenar akan dipasarkan dalam masa terdekat. Tetapi adakah anda berminat jika Galaxy Z Tab dilancarkan?


Komen ()