(Ura-Ura) Samsung Akan Bekerjasama Dengan Olympus Membangunkan Kamera Telefon Pintar

(Ura-Ura) Samsung Akan Bekerjasama Dengan Olympus Membangunkan Kamera Telefon Pintar

Diterbitkan pada Apr 8, 2021 oleh .

Sony bekerjasama dengan Zeiss, OnePlus dengan Hasselblad dan Huawei pula dengan Leica. Kerjasama antara pengeluar telefon pintar dan kamera digital ialah trend hangat pada waktu ini. Pengeluar seterusnya yang akan melakukan kerjasama serupa mungkin adalah Samsung dan Olympus.

Olympus

Ura-ura ini mula disebarkan oleh peniris maklumat @heyitsyoges di Twitter sebelum disahkan juga oleh Ice Universe menerusi akaun Weibo beliau. Beliau menambah peranti terawal yang akan menggunakan teknologi gabungan kedua-dua syarikat adalah Galaxy Z Fold3 dan kemudian Galaxy S22.

Sebenarnya Samsung tidak memerlukan kerjasama dengan syarikat pengeluar kamera digital memandangkan kualiti kamera mereka sudahpun memuaskan. Tetapi ia mungkin perlu dilakukan bagi mengikuti trend pemasaran semasa. Pada waktu ini mereka adalah pengeluar sensor kamera telefon pintar kedua terbesar di belakang Sony. Mungkin kepakaran menghasilkan lensa Olympus akan digunakan. Semua ini masih lagi spekulasi tetapi adakah kerjasama ini akan membuatkan anda membeli peranti Samsung?

Bacaan lanjut – Adakah Kerjasama Pengeluar Telefon Dengan Syarikat Kamera Menguntungkan?


Paling Popular