LG Akan Menjanjikan Kemaskini Perisian Selama Tiga Tahun Untuk Peranti Terpilih
LG

LG Akan Menjanjikan Kemaskini Perisian Selama Tiga Tahun Untuk Peranti Terpilih

Diterbitkan pada Apr 8, 2021 oleh .

Selepas beberapa kali mendengar ura-ura yang LG ingin menjual perniagaan telefon pintar mereka, kemudian gagal mencari pembeli – akhirnya mereka lingkup. Dengan persaingan yang sengit dan tanpa sempat melancarkan peranti boleh gulung, lipat atau peranti unik lain – LG menutup perniagaan telefon pintar mereka beberapa hari lalu.

Dengan keluar daripada perniagaan ini, LG menyatakan yang merekan akan memfokuskan sumber kepada komponen kenderaan elektrik, peranti berhubung, robotik, kecerdasan buatan dan penyelesaian perniagaan. Walaupun begitu, LG turut menjanjikan yang khidmat pelanggan dan kemas kini akan masih dijaga. Baru-baru ini LG mengeluarkan kenyataan mengenai kemas kini perisian peranti-peranti mereka.

Untuk peranti-peranti premium LG 2019 dan terkini dalam siri G, siri V, siri Velvet dan juga LG Wing kemas kini akan diberikan selama tiga tahun dari tarikh pelancaran peranti. Manakala peranti dari tahun 2020 LG Stylo dan siri K hanya akan menerima sokongan selama dua tahun lagi. LG juga akan terus sambung hasilkan telefon pintar sepanjang suku kedua tahun ini bagi memenuhi syarat dari rakan-rakan perniagaan lain seperti syarikat telekomunikasi.

Di Malaysia LG sudah bertahun tidak menjual telefon pintar, jadi sebarang set import kelak anda hanya boleh kemaskini perisian dan tiada bantuan khidmat pelanggan. Komuniti juga kelas pasti akan bantu kemaskini manual atau custom ROM.


Paling Popular