Cari @ Amanz

Nokia G20 Dan G10 Dilancarkan – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Sokongan Dua Versi Android

Link Copied!

Selain Nokia C20 dan C10, Nokia G20 dan Nokia G10 turut dilancarkan dengan penamaan baru Siri G untuk peranti kelas pertengahan Nokia di bawah HMD Global. Kelebihan siri ini ialah ia akan menerima sokongan versi sistem operasi selama dua tahun dan sokongan tampalan sekuriti sehingga tiga tahun.

Mari lihat spesifikasi Nokia G20 dengan skrin 6.5″ LCD HD+, dijana cip MediaTek Helio G35 lapan teras, memori 4GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 5050 mAh. Ia hanya menyokong pengecasan 10W menerusi port USB-C yang pada hemat kami amat perlahan untuk kapasiti bateri yang besar.

Kamera utama pula sebesar 48MP sudut lebar, 5MP ultra sudut lebar, 2MP makro dan 2 MP kedalaman manakala kamera swafoto pula sebesar 8MP. Masih terdapat bicu audio 3.5mm, radio FM terbina, menyokong rangkaian 4G dan kemampuan kalis air IPX2. Pengimbas cap jarinya pula terletak pada sisi terbina pada butang kuasa.

Spesifikasi Nokia G10 pula ialah skrin 6.5″ LCD HD+, dijana cip MediaTek Helio G25 lapan teras, memori sehingga 4GB RAM, storan sehingga 64GB dan bateri sebesar 5050 mAh. Ia hanya menyokong pengecasan 10W menerusi port USB-C yang perlahan sama seperti G20.

Kamera utama pula sebesar 13MP sudut lebar, 2MP makro dan 2 MP kedalaman manakala kamera swafoto pula sebesar 8MP. Masih terdapat bicu audio 3.5mm, radio FM terbina, menyokong rangkaian 4G dan kemampuan kalis air IPX2. Pengimbas cap jarinya pula terletak pada sisi terbina pada butang kuasa.

Kedua-duanya juga masih mempunyai slot untuk kad mikro SD. Pada waktu yang sama peranti menggunakan sistem operasi Android 11. Nokia G20 ditawarkan pada harga bermula €160 (~RM788) manakala Nokia G10 pula pada harga  bermula €140 (~RM690)


Komen ()