iMessage Hampir Ke Android Pada Tahun 2013 Tetapi Dilihat Hanya Merugikan Apple

Diterbitkan pada Apr 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iMessage ialah aplikasi pemesejan lalai yang digunakan pada kesemua peranti Apple sejak 2011. Menerusinya pengguna iPhone, iPad, iPod Touch, Apple Watch dan Mac boleh menjawab mesej yang telah diselarikan pada pelbagai peranti. Ciri yang sama ini hanya ditawarkan pada peranti Android dan Windows pada tahun 2018 menerusi Messages.

Tetapi ramai mungkin tidak mengetahui Apple telah membangunkan iMessage untuk Android dan telah bersedia untuk menawarkannya pada platform pesaing pada lewat 2013. Ini didedahkan oleh Eddy Cue, timbalan presiden kanan perisian dan perkhidmatan Internet Apple dalam keterangan bersumpah untuk kes Epic Games menentang Apple.

Sementara itu Craig Federighi, ketua perisian Apple berkata iMessage ialah sebab utama yang menghalang keluarga yang menggunakan iPhone daripada membeli peranti Android kepada anak mereka. Sementara itu Phil Schiller yang merupakan ketua pemasaran Apple berkata menawarkan iMessage ke Android hanya akan lebih menyusahkan dari membantu Apple .

Epic Games cuba membuktikan Apple mempunyai sejarah tidak membuka ekosistem mereka kepada platform lain bagi memastikan pengguna kekal dengan peranti keluaran mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami