Amerika Syarikat ingin membangunkan peluru berpandu hipersonik bagi memberikan kemampuan serangan pertama sekiranya perang meletus. Tiada sistem pertahanan pada waktu ini mampu menembak jatuh peluru berpandu hipersonik sekaligus memberikan kelebihan ke atas musuh. Tentera Udara Amerika Syarikat dengan bantun Lockheed Martin sedang membangunkan AGM-183A Air-launched Rapid Response Weapon (ARRW) tetapi ia gagal dalam ujian pelancaran pertama 5 April lalu.
Ia sepatutnya dilancarkan dari pesawat pengebom Boeing B-52H Stratofortress di ruang udara lapang sasar Point Mugu Sea. Tetapi enjin gagal beroperasi menyebabkan ujian pelancaran sulung dari bawah sayap pesawat gagal dilakukan. Sebelum ini ARRW berjaya menjalani ujian dibawa di bawah sayap B-52H sahaja. Kegagalan ini akan melewatkan program yang menyasarkan ARRW akan dapat mula beroperasi September 2022.

ARRW akan terbang sehingga kelajuan Mach 20 (~ 23,0000 km/j) dan dilancarkan sehingga 1600 km dari sasaran. Kerana kelajuannya yang amat tinggi, sasaran dimusnahkan dengan kuasa kinetik tanpa memerlukan bahan letup yang besar.
Selain ARRW, sistem Supersonic Propulsion Enabled Advanced Ramjet (SPEAR) turut dibangunkan tetapi untuk kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat. SPEAR direka untuk dilancarkan dari pesawat tempur FA-18 sahaja untuk mempertahankan armada kapal pengangkut ketika misi CAP.
Cabang tentera Amerika Syarikat kerap mempunyai spesifikasi misi yang berbeza dengan sistem ARRW lebih kepada tujuan menyerang musuh sementara ARRW direka untuk mempertahankan aset. Rusia menjadi negara pertama dengan sistem peluru berpandu 3M22 Zircon yang mampu terbang sehingga kelajuan Mach 9.