Cari @ Amanz

Tahun lepas, Telegram mula dikemaskini dengan sokongan perbualan suara untuk bersaing dengan Discord. Ia kemudiannya dikemaskini sekali lagi untuk lebih dekat dengan konsep seakan Clubhouse dengan sokongan merakam.

Dalam Telegram Beta versi 7.7, ciri bual suara ini sudah boleh dijadualkan. Apabila pentadbir atau mereka yang boleh memulakan perbualan suara ini akan diberi pilihan “Jadualkan Bual Suara“. Apabila ditekan masa dan tarikh boleh ditetapkan dan akan terpapar tetingkap dengan pengiraan detik permulaan bual suara. Pautan juga boleh dikongsi, terus batalkan atau terus mulakan.

Untuk mudah memperingati setiap ahli, kiraan detik dengan teks “Bual Suara Berjadual” akan ditanda (pin) di bahagian atas. Dalam ujian saya, ia dilihat berfungsi untuk peranti Android terlebih dahulu. Masih tidak pasti bilakah ia akan diedarkan kepada umum kerana ujian ringkas saya lakukan tadi dilihat semuanya berjalan dengan lancar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd