Cari @ Amanz

Di acara GTC yang berlangsung awal pagi ini, NVIDIA mengumumkan lapan lagi GPU terkini dari keluarga Ampere untuk kegunaan stesen kerja, desktop dan komputer riba. Kesemua kad grafik yang diumumkan menyasarkan penggunaan di kalangan profesional, jurutera, pereka grafik 3D dan jurubina.

Untuk pengguna desktop NVIDIA RTX A5000 dan NVIDIA RTX A4000 dilengkapi teras RT, teras Tensor dan teras CUDA baharu. Ia menawarkan kemampuan kecerdasan yang tinggi, penghasilkan grafik masa nyata sehingga dua kali lebih pantas berbanding generasi terdahulu.

Seterusnya ialah empat kad grafik komputer riba kegunaan profesional iaitu NVIDIA RTX A2000, NVIDIA RTX A3000, RTX A4000 dan RTX A5000. Dengan rekaan Max-Q ia masih menawarkan kemampuan grafik prestasi tinggi pada komputer mudah alih yang ringan serta nipis. Sokongan NVIDIA Studio turut diberikan bagi memastikan kesemua perisian utama disokong sepenuhnya.

RTX A4000 ditawarkan dengan memori sehingga 16GB GDDR6 manakala RTX A5000 pula sehingga 24GB GDDR6 yang meningkat ke 48GB sekiranya dua digabungkan menerusi NVIDIA NVLink. Kesemua kad juga disambung kepada komputer menerusi PCIe Gen 4 yang lebih pantas.

Pusat-pusat data juga tidak dilupakan dengan kad NVIDIA A10 GPU dan NVIDIA A16 GPU. Pada A10 GPU kemampuan stesen kerja maya sehingga 2.5 ganda lebih baik dari generasi seterusnya mampu ditawarkan manakala A16 GPU pula menawarkan peningkatan sehingga 2 kali ganda tetapi pada kos lebih rendah.

Kesemua kad yang diumumkan hari ini akan mula ditawarkan oleh pengeluar bermula penghujung April atau suku kedua 2021.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd