Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Quantum2 telah dilancarkan di Korea Selatan hari ini sebagai peranti kedua dengan sistem penyulitan kuantum yang menjadikan kesemua transaksi perbankan hampir mustahil untuk digodam. Ia adalah model kemas kini kepada Samsung Galaxy A Quantum yang dilancarkan pada Mei tahun lalu.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.7″ Dynamic AMOLED 2X QHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 855+, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri sebesar 4500 mAh yang menyokong pengecasan 25W.Kamera utama pula menggabungkan sensor 64+12+5 MP manakala kamera hadapan pula sebesar 10MP.

Yang menjadikan peranti unik ialah cip khas yang menjana nombor rawak kuantum (QRNG) yang dibangunkan oleh ID Quantique. Setiap kali transaksi dilakukan, nombor rawak dihasilkan menerusi sensor CMOS dan LED. Kerana ia dilakukan secara rawak untuk menghasilkan kunci penyulitan setiap transaksi, kebarangkalian ia dipecahkan oleh penggodam adalah hampir mustahil.

Di Korea Selatan, peranti ini hanya ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi SK Telecom untuk transaksi perbankan dengan perancangan mengembangkan sistem keselamatan kriptografi ini pada perkhidmatan lain Sk Telecom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd