Apple Mengesahkan Acara Pengumuman Produk Baharu Pada 21 April 2021

Diterbitkan pada Apr 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada perkongsian Siri, kini Apple telah mengumumkan secara rasminya mereka akal mengadakan sebuah acara khas pada 21 April 2021 kelak, pada pukul 1 pagi.

Seperti beberapa acara sebelum ini, Apple akan mengadakan acara ini secara atas-talian.

Pihak Apple tidak mengumumkan apakah kejutan yang disediakan melalui acara ini. Apa pun, mengikut spekulasi, Apple dijangka memperkenalkan iPad dan juga Mac baharu berasaskan cipset Apple Silicon pada acara ini.

Disamping itu, beberapa desas-desus turut mengatakan Apple mungkin memperkenalkan aksesori seperti AirTag pada acara tersebut.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 21 April 2021 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Apple.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami