Nokia 2.2 Menerima Kemaskini Android 11

Nokia 2.2 Menerima Kemaskini Android 11

Diterbitkan pada Apr 14, 2021 oleh .

Nokia 2.2 merupakan sebuah peranti spesifikasi asas yang dijual di Malaysia pada harga kompetitif. Diperkenalkan sekitar tahun 2019, ianya dilengkapi sejumlah ciri menarik termasuklah sokongan berasaskan Android One dan janaan cip MediaTek Helio A22.

Dalam perkembangan terkini, HMD Global memaklumkan bahawa kemaskini Android 11 kini telah mula diedarkan untuk pengguna peranti ini. Memetik pengumuman rasmi menerusi laman komuniti Nokia, Malaysia dilihat tersenarai sebagai antara negara terawal yang akan menerimanya.

Melaluinya juga, 10% pengguna daripada pasaran yang tersenarai akan menerima kemas kini sistem OTA secara serta merta. Sementara itu, 50% lagi akan menerima pada sekitar 15 April, diikuti oleh baki selebihnya pada 17 April akan datang.


Paling Popular