Cari @ Amanz

Selain Apple yang mengumumkan acara media mereka pada 21 April 2021 kelak, kini Samsung turut sama menjadualkan acara Galaxy Unpacked akan datang, pada 28 April 2021 kelak.

Seperti ramai sedia maklum, acara Galaxy Unpacked digunakan oleh Samsung dalam memperkenalkan sejumlah peranti baharu mereka – termasuk peranti-peranti mercu.

Pada acara Galaxy Unpacked yang dijadualkan penghujung bulan ini, Samsung dijangka akan memperkenalkan komputer riba terbaharu mereka. Berkemungkinan kita tidak akan melihat sebarang telefon pintar diperkenalkan pada acara tersebut.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 28 April 2021 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak Samsung ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd