Lembaga Pengawasan Facebook Kini Membenarkan Rayuan Membuang Gambar Dari Platform

Diterbitkan pada Apr 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lembaga Pengawasan Facebook (Facebook Oversight Board) mempunyai kuasa memutuskan sama ada sesuatu kandungan itu dibenarkan di Facebook dan Instagram. Mereka boleh membantah keputusan Mark Zuckerberg. Malahan Zuckerberg melihat lembaga pengawasan ini seperti mahkamah tinggi yang akan mengadili isi kandungan laman media sosial nombor satu dunia ini.

Kini FOB diberikan kuasa tambahan yang membolehkan pengguna melakukan rayuan untuk membuang pula kandungan dari Facebook dan Instagram. Sebelum ini rayuan mengembalikan kandungan yang telah dipadam sahaja boleh dilakukan kepada FOB. Ini boleh digunakan dalam situasi di mana selepas status dilaporkan kedua-dua platform gagal membuangnya atas sebab-sebab seperti kebebasan bersuara misalnya.

FOB terdiri daripada 40 individu dan setakat ini telah menerima lebih 300,00 rayuan dan komen dari orang ramai. Antara kes paling berprofil tinggi yang akan didengari oleh FOB ialah menarik semula peggantungan akaun Facebook dan Instagram milik Presiden Donald Trump.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami