Carian
HTC Akan Melancarkan Set Kepala VR Baharu 11 Dan 12 Mei Ini Di Acara VIVECON 2021
April 14, 2021 Fahim Zahar

Kali terakhir kami laporkan mengena HTC Vive adalah pada dua tahun lalu. Sudah lama HTC menyepi, dan nampaknya tahun ini mereka akan memperkenalkan sesuatu yang baru. Dengan pasaran telefon pintar mereka semakin hambar, HTC memberi fokus kepada siri Vive mereka – iaitu set kepala realiti maya. Produk terakhir adalah Vive Cosmos yang dijual pada harga RM3,699.

HTC menciap pada dua hari lepas yang mereka akan mengadakan HTC Vivecon 2021 pada 11 dan 12 Mei kelak. Dalam ciapan ini, poster memperlihatkan sedikit produk yang mereka akan perkenalkan nanti. Besar kemungkinan ia adalah set kepala VR generasi baru, atau mungkin jika mereka sudah bersedia set kepala AR? Mungkin kedua-duanya sekali? Dengan Oculus Quest 2 yang dijual pada harga bawah RM3000 dan menerima maklum balas positif, HTC harus lakukan sesuatu bagi bersaing dalam industri ini pula.

Sama-sama kita nantikan.

Komen