Cari @ Amanz

Realme 8 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Link Copied!

Realme 8 Pro merupakan antara peranti terkini daripada Realme untuk tahun 2021 dan titik jualan utama padanya adalah sokongan kamera dengan sensor 108-Megapixel. Selepas diperkenalkan secara rasmi di India, peranti pintar ini dilihat bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia pula tidak lama lagi.

Perkhabaran ini dikongsi sendiri oleh pihak Realme Malaysia menerusi perkongsian hantaran berbentuk poster pelancaran di media sosial rasmi, sebentar tadi. Ia memperlihatkan acara pelancaran untuk peranti pintar berkenaan dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu pada 22 April 2021.

Acara ini akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Realme bermula jam 12 tengah hari. Seperti biasa, setia dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut – termasuklah penawaran harga peranti kelak.


Komen ()