Apple Mungkin Tidak Akan Hadir Dengan iPhone Mini Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Apr 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penganalisa popular, Ming-Chi Kuo telah hadir dengan beberapa ramalan pada minggu ini, termasuk berkaitan ramalan berkenaan dengan iPhone Mini.

Menurut Ming-Chi Kuo, iPhone 2022 kelak akan hadir dengan pilihan saiz 6.7-inci dan juga 6.1-inci sahaja, dan mungkin Apple mematikan pengeluaran iPhone Mini.

Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan iPhone 12 Mini pada 2020 yang lepas, menjadikannya yang terawal dibawah siri “Mini”.

Ramai yang menyasarkan permintaan untuk telefon bersaiz mini adalah agak tinggi – namun, ternyata ia sebaliknya. Pengguna juga dilihat lebih berminat dengan model iPhone biasa dan bukannya model bersaiz mini atau kompak.

Selain itu, Kuo juga menyasarkan iPhone 2022 akan dilengkapi dengan kamera 48MP dan mampu melakukan rakaman video pada resolusi 8K.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami