Cari @ Amanz

Sejak manusia wujud di muka bumi, kita telah mengakibatkan kemusnahan demi pembangunan dan kelangsungan hidup. Perubahan yang berlaku kini dapat dilihat menerusi ciri Timelapse di Google Earth yang telah dikemaskini untuk menunjukkan perubahan dari 1984 hingga 2020. Sebelum ini Timelapse hanya menunjukkan perubahan sehingga 2016 sahaja.

Timelapse menunjukkan animasi perubahan muka bumi dari tahun 1984 hingga 2020 menggunakan 24 juta imej satelit yang telah dikumpul sejak hampir 30 tahun yang lalu. Untuk menghasilkan imej perubahan muka bumi ini secara dinamik di Google Earth, lebih 2 juta jam masa memproses dilakukan di Google Cloud.

Hasilnya ialah imej sebesar 20 petabyte diubah menjadi video sebesar 4.4 terapixel yang boleh diakses oleh pengguna sekarang. Sebanyak 800 video selang masa perubahan muka bumi juga boleh diakses dengan tiga lokasi di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Segamat dan Johor Baharu boleh ditonton dalam versi 2D serta 3D.

Kesemua permukaan bumi boleh dilihat menggunakan Timelapse. Selain itu Google Earth turut menghasilkan stories yang menunjukkan aktiviti-aktiviti manusia yang telah mengubah permukaan bumi. Impaknya terhadap perubahan iklim global juga disentuh kerana ia adalah cabaran yang perlu ditempuh generasi seterusnya kerana kesilapan generasi terdahulu. Untuk mengakses ciri Timelapse sila pergi ke pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd